
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Barangsiapa bersedekah satu biji kurma dengan syarat dari harta yang halal bukan dari harta yang haram karena Allah subhanahu wa ta'ala, maka Allah SWT akan memelihara sedekah itu sebagaimana kamu melihat anak kuda kamu sehingga sedekah itu akan menjadi besar seperti gunung."
SAYANGI UMMAH dalam usaha menyebarkan kasih sayang kepada seluruh ummah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai BAKUL RAMADHAN & KURMA RAMADHAN.
Ia adalah inisiatif Ustaz Muhidin dan Ustazah Isfadiah menghulurkan sedikit bantuan kepada golongan yang memerlukan menjelang Ramadhan yang akan mejelang tidak lama lagi. Memandangkan ramai pihak yang memerlukan khasnya di masa Covid-19 ini, team SAYANGI UMMAH meneruskan usaha murni ini bagi membantu pihak-pihak yang memerlukan secara berterusan.
SAYANGI UMMAH juga mengalu-alukan keterlibatan orang ramai samada secara fizikal atau material / kewangan untuk terus menyuburkan budaya memberi dan membantu.
Kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk turut serta, boleh terus menyampaikan sumbangan ke akaun AKADEMI KELUARGA FITRAH dengan menggunakan borang di bawah.
Sekian, terima kasih.
Ustaz Muhidin Mokter
Koordinator
TEAM SAYANGI UMMAH
Pengarah Urusan Akademi Keluarga Fitrah
019-3897089 / 011-35015403
JOM SUMBANG SEKARANG !!!