Akaun sayangummah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
INFAQ TABUNG AKTIVITI KEBAJIKAN &  DAKWAH - AKADEMI KELUARGA FITRAH
  TABUNG INFAQ  
  AKTIVITI  DAKWAH & KEBAJIKAN   
Akademi Keluarga Fitrah


JOM SAYANGI UMMAH

Kelebihan Infaq di Jalan Allah

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

(Surah al-Baqarah, ayat 261)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Barangsiapa bersedekah satu biji kurma dengan syarat dari harta yang halal bukan dari harta yang haram karena Allah subhanahu wa ta'ala, maka Allah SWT akan memelihara sedekah itu sebagaimana kamu melihat anak kuda kamu sehingga sedekah itu akan menjadi besar seperti gunung."

SAYANGI UMMAH dalam usaha menyebarkan kasih sayang kepada seluruh ummah menganjurkan program-program membina keluarga bahagia, berkasih sayang dan harmoni, samada secara fizikal atau online.


SAYANGI UMMAH juga mengalu-alukan keterlibatan orang ramai samada secara fizikal atau material / kewangan untuk terus menyuburkan budaya memberi dan membantu.

Kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk turut serta, boleh terus menyampaikan sumbangan ke akaun AKADEMI KELUARGA FITRAH dengan menggunakan borang di bawah.


Sekian, terima kasih.

Ustaz Muhidin Mokter

Koordinator

TEAM SAYANGI UMMAH

Pengarah Urusan Akademi Keluarga Fitrah

019-3897089 / 011-35015403

www.sayangiummah.com

JOM SUMBANG SEKARANG !!!